Sunday, May 7, 2017

My Life in Japan

Bismillahirrahmanirrahim.

Hey alls! 
Moga semuanya berada di bawah perlindungan Allah. ^^

Okay!
Dengan adanya post ini, maka akan terus menyusullah several posts about my travel in Japan. 
Okay before that, untuk yang belum tahu, aku dah 3 bulan berada di Jepun. Tinggal lagi seminggu tempoh latihan industri di Japan Advanced Institute of Science and Technology atau nama Jepun dia, Hokuriku Sentang Daigakuin Daigaku sebagai researcher student dalam School of Materials Science.

Mungkin cerita research akan aku kongsikan dalam post yang lain, Untuk post ini, aku ingin kongsikan pandangan mataku tentang masyarakat Jepun, kehidupan dan budaya mereka.

...

Sebenarnya ini bukanlah kunjungan pertamaku ke Negara Matahari Terbit ini. Tahun lepas aku berkunjung ke Hiroshima untuk Trial Summer Program bersama 4 orang peserta lagi. Dan sebenarnya bermula dari situlah aku pasang niat untuk kembali ke Jepun.

AND HERE I AM!

Hebat kan? Pabila cita-cita menjadi kenyataan. Alhamdulillah 'ala kulli hal.
:)

Dan kali ini, aku mencabar diri untuk kembali ke Jepun, seorang diri. And it seems I survived! Hehe. Kerana pergantungan diriku yang sepenuhnya adalah kepada Allah. Sepertimana biasa, aku merasakan pertolongan Allah di mana saja aku berada. Alhamdulillah.

amoy ^^



1) Seingat aku, ketika di minggu pertama, aku kagum dengan budaya menyapa, terutamanya golongan pakcik makcik, atuk nenek. Awalnya aku senyum saja tanda menyapa, tiba-tiba mereka yang semangat sebut "ohayo gozaimasu/ konnichiwa" siap dengan gaya tunduk kepala lagi. Segan juga. Sepatutnya aku yang tegur dulu. Hahaha. Sekarang dari jauh bila nampak pakcik makcik atuk nenek ni, aku dah bersedia nak sapa mereka dulu. XD
Maka persoalan pertama yang pernah menyinggah, kan bagus kalau ucapan ohayo gozaimasu dan konnichiwa itu boleh aku gantikan dengan Assalamualaikum? Dapat pahala kowt! Haha silly me.
Turns out budaya ini memang mengeratkan kita. Hari-hari jumpa makcik cleaner sama ramai2, disapa dengan muka ceria, memang a good start everyday la jawabnya. No stress allowed!

2) Walau ini bukan kali pertama aku tiba di negara ini, tapi aku sentiasa kagum dengan ketepatan waktunya. Setiap kali. Ya. Setiap kali. Bus, train, airplane, meeting, party, dan apa saja, waktunya sentiasa on time. Kadang aku tergelak sendiri bila driver bas masuk gear bas bergerak on dot minit bertukar. Sesaat pun tak lambat. Haha.
Dan jadual waktu bas, train memang tersangatlah reliable. So, it's so convenient to make a plan when going out. Seriously. (Haa tips for traveller, boleh rujuk laman web Hyperdia untuk semak waktu perjalanan train, so that you can plan your trip. ^^)
Persoalan yang pernah menyapa, kan bagus kalau setiap tempat dan manusia amalkan ketepatan waktu ni. Dah selalu sangat tunggu orang kalo berjanji, kan bagus kalo kita sama-sama on time? Kalo mungkin terlambat, inform in advance tu lain lah ceritanya. Hmmm. Peringatan untuk diri sendiri juga sebab terkadang culas la juga. Aherherher.

3) Di mana-mana saja tenaga manusia digunakan. Hatta pegang signboard parking. Hatta 'passenger counter' yang kira berapa orang naik bas. Kadang ada yang muda, kadang ada yang tua. Selalunya lelaki, terkadang wanita.
Persoalan yang pernah ku tanya, kenapa kerja-kerja macam tu pun mereka pakai tenaga manusia ya? Tak perlu pakai orang pun takpe rasanya. Mereka ada advanced technology kowt! Kesian pakcik2 ni kerja pegang signboard.
Dan persoalan lain ditanya kepadaku, "Pernah tertanya tak kenapa kat sini susah nak jumpa gelandangan dan homeless walau kos sara hidup tinggi? Itu sebabnya, Jepun menggalakkan rakyatnya bekerja. Apa sahaja kerja yang kau mampu buat, buatlah. Dan kau akan survive. Kerja part time apa saja yang kau mampu buat, kau akan survive. Kat Jepun ni kena rajin je. Kerja mana-mana pun ada. Tanam sayur then jual pun boleh dapat duit. " Oh snapped!
Betullah, lagipun kerja macam tu pun macam diraikan bila setiap pekerja ada uniform smart. Nampak tak lekeh la. Kadang aku tak terfikir pun mereka orang susah sebab pakaian kerja mereka looking smart. Sehinggalah aku disoal sebegitu. Hidup ini tiada yang mudah. Mata terbuka.

4) Aku paling kagum dengan atuk nenek yang tersangatlah sihat dan cergas. Paling buat aku ternganga, semalam terjumpa obaasan (nenek) umur 82 tahun gi shopping. 82 tahun kowt! Tapi obaasan tu relax je pergi shopping sorang2 kat supermarket. Siap mekap lawa-lawa lagi. I bet nenek ni mesti gojes baq hang zaman muda2 ni. Hahaha
Persoalannya, apa mereka makan ya sampai sihat cergas sebegitu? Aku ni naik tangga 5 tingkat setiap hari pun semput. LOL. Nak kata mereka tak makan manis, kuih2, kek, aiskrim dia seriously terasa gula overload kowt rasanya! Tapi sihat cergas bebas penyakit je depa. Aku syak mereka pandai balance, bila dah kuih manis, tehnya pula tiada gula. Masakannya pula tidak berminyak. Dan di mana-mana aku lihat mereka ramai-ramai spend masa beriadah. Naik basikal, jogging, bercucuk tanam. Tiada masa bermalasan.
Kinda amazed looking at them. Banyak keluarga keluar spend time sama-sama. Having fun picnic together, naik basikal, masuk sawah satu family pun ada. Ways to have good bond with family members. ;)

5) Antara komen yang famous, Jepun negara yang bersih. Yeah, setidaknya tempat tinggal aku ni bersih. Air longkang pun jernih tak terasa kotor pun bila tengok. Kadang siap rakam video lagi. Jakun tengok air longkang jernih sangat. Kadang siap ada banyak ikan lagi dalam longkang! Hahaha
Persoalan, bagaimana mereka buat ya? Bersih tersangat lah bersih. Tak sakit mata pergi taman, pantai sebab lapang tanpa seketul sampah pun.
Jawapannya, setiap pengguna bertanggungjawab atas sampah2 yang dibuang. Pengurusan sampah boleh tahan tiptop la. Sampah tak boleh dibuang sembarangan. Kena pakai plastik biru untuk 'burnable garbage', kena pakai plastik lain pula untuk botol kaca dengan tin-tin. Nak buang botol pula, kena basuh dulu sampai bersih baru boleh buang. Sebab nanti mudah untuk pekerja mereka kitar semula.
Rahsia longkang bersih, setiap sinki ada penapis. Sekecil-kecil sampah tak boleh lepas. Minyak tak dibenarkan dibuang dalam longkang/sinki. Kena dispose dengan caranya tersendiri. Complicated kan? Tapi hasilnya tiptop.
Maka, bertanggungjawablah wahai pengguna.


6) Mulut manis. Haha. Terkadang aku keliru juga ini point baik atau tidak. Sebab mulut manis depa ni la aku tak kisah buat je arahan untuk buat eksperimen itu, buat je bila disuruh repeat experiment berkali sebab result macam ada something wrong. Tak terasa offended langsung. Pastu kalo yang abam2 Jepun pula, mak aii gentleman tak habis. Kadang boleh cair juga. LOL. Patutlah ramai senior kat sini kahwin dengan warga Jepun. Opps! Haha
Kenapa? Sebab perkataan 'Please'. Setiap kali dengar "Could you please bla bla bla" pastu cakap lembut2, aku tak teragak balas "Yes, sure no biggie!" And that is the power of word. Ehehh

7) Kawaii kodomo. Setiap kali jumpa budak-budak, mesti pipi mereka chubby pastu warna merah. Jalan pula terkedek-kedek. Hahaha. Semua budak sama aja pipi merah. Kadang lagi merah dari letak blusher. LOL
Yang ni memang tak dapat jawapan kenapa pipi mereka merah. Tapi tertanya juga kenapa aku tak boleh nak pegang ngan cubit pipi mereka eh? Lagi-lagi yang pesen lambai balik bila aku lambai. Siap panggil diriku oneechan (kakak) tu yang paling aahhh cairnyaaa hati! Hahahah okebye.

8) Nature lover. Bila tiba musim spring, makin menjadi-jadi pula rasanya terserlah sisi mereka yang satu ini. Rumah-rumah dikelilingi bunga, dekorasi taman-taman yang bila tiba di situ terasa tak mahu balik. Lepas tu, semua benda nak dibuat festival siap bagi cuti umum. Cuti gerhana matahari, Vernal Equinox Day, pastu hanami ramai2, pesta bunga tulip, bamboo shoot festival pun ada. Especially kawasan tempat tinggal aku ni memang kawasan kampung ada sawah padi. Memang dah jadi hobi setiap hujung minggu, mesti naik basikal pergi jelajah kawasan. Sumpah menenangkan jiwa.
Yang ni takde la persoalan sangat. Tapi tertanya lah juga bagaimana mereka semai jiwa cintakan alam tahap dahsyat macam depa ni. Sugoi!

9) Nihon no tabemono a.k.a makanan Jepun. Haha yang ni banyak musykilah la juga. Setiap kali nak beli makanan mesti kena tengok ingredients. Paling mengerikan bila pernah terpegang sepaket potato chips yang ada 'babi' dalam ingredients. Tergamam tak percaya hahahah. Makanya,tersangat penting hafal perkataan kanji 'buta', 'niku', 'alcohol' tu bila nak beli barang. At least!
Alahai kenapa lah nak diletak alcohol dalam most of the Japanese dishes. Memang sayonara lah jawabnya. Dame desu!
Tapi aku suka cuba makanan Jepun kalau dari natural ingredients. Bermacam pesen makanan. Ada yang boleh makan, ada yang tak sanggup tekak nak telan. Pelik sangat rasanya. LOL. Tapi menarik pengalaman ni. Hahaha. Cabaran paling utama bila keluar. So I just cook. *angkat bahu*

10) Nihon go ( Japanese language). Tahu bahasa Jepun tapi tak praktis, tak boleh juga. Mula-mula macam ternganga merangkak juga nak balas bila borak-borak dengan makcik time jelajah kawasan. Kadang aku sengih je kalo tak paham. Tapi lama-lama bila boleh paham perkara yang dibualkan, terasa power la juga hahaha. Especially bila lab members borak-borak sesama mereka, berangan tengah berlakon drama Jepun pun ada. Sebijik sama. LOL. Makanya, itu buatkan aku lagi mahu belajar bahasa Jepun ni. Plus sebab mereka tak reti sangat cakap English duhhh.
Kenapa mereka tak reti English sangat? Sebab semua benda dalam bahasa Jepun. Cerita omputeh, cerita korea pun terus tukar suara jadi Jepun. Mana nak tahu bahasa lainnyaaaaa~

11) Islamophobia. Warga Jepun dekat kawasan aku ni mungkin tak biasa tengok orang bertudung. Muslim dekat institut ni pun berapa kerat je. Itu yang bila keluar, terasa dipandang lah juga. Pernah aja terasa terancam sampai rasa nak menangis bila ada orang mengamuk2 depan aku. Entah apa yg dibebelkan tapi dapat tangkap ianya berkenaan islamophobia bila orang sekeliling duk tunjuk2 tudung aku pakai ni. Siap ada pakcik tu 'berdakwah' dekat aku lagi. Hmmmm seram. Tapi segelintir aja laa yang ekstrem. Biasanya kalo makcik2 tanya, cakap je datang dari Malaysia, belajar kat Hokuriku Sentang Daigakuin Daigaku (ehekk eksyen! :P) and yes I'm a Muslim.


Persoalan terbesar, kenapa mereka bertindak sebegitu sedangkan mereka amalkan benda-benda yang Islam suruh?
ISLAM DI TIMUR, MUSLIM DI BARAT.
Pandangan mataku makin jelas dari kabur.


Apa-apa pun, tinggal lagi seminggu di sini sebelum pulang ke tempat asalku. Nikmati aja indahnya kampung Nomi-shi, Ishikawa ni. Menyesal habis duit banyak? Tak kut insyaAllah. Pengalaman ni lebih berharga. Alhamdulillah 'ala kulli hal.




Sunday, April 16, 2017

Kimi no Haiku

💞KIMI NO HAIKU💞

Sakura o miru to, 
Kimi o omotte iruyo. 

Nazenara, 
Ureshiku naru no mo setsunaku saseru no mo, 
Itsu demo riyuu wa kimi dake dayo. 
Sono tabi, 
Mata suki ni natte yuku. 

Hana ga kirei na dake de, 
Koko ni kimi ga ite kuretaratte. 
Soba ni irareta nara, 
Watashi wa anata mo tame ni kaika suru, 
Sakura no shite. 🌸

...

💞HAIKU FOR YOU 💞

When I look at sakura, 
I'm thinking of you. 

It's because, 
You're always the reason behind 
Both my happiness and my pain. 
And whenever you do, 
You're making me fall deeper in love. 

Seeing the beautiful flowers, 
I just wish you would be here with me. 
And if I could stay by your side, 
I will bloom for you, 
As sakura. 🌸

-amoy-
JAIST, Japan. 


...



Bismillahirrahmanirrahim.

After almost a year, I'm back! haha.
But now I'm writing this from Japan. Wink2!

Just thinking of writing a blogpost for this special day of mine, or to be specific, special day of ours. ^^

Yeah, we're engaged for two years already. 

TWO YEARS.

That was just TOOOOOOO LONGGGG I told you. 
Seriously!

Ya Allah, only He knows what we've been through along our engagement period.
It was just not easy.

NOT EASY.

Things that you think is impossible to happen, already happened.
Things that you think you won't do, also done.
Which I regret the most, actually.
Because I never thought that I will be the one who makes the stupid thing to our relationship, screwing everything out.

But alhamdulillah, Allah still wants us to be together.
Oh seriously I can shed tears anytime I remember those painful moments.
T.T

I've always heard before, that engagement will have it's own challenge. And that time, I never thought that the challenges aren't just no joke like we've gone through. Maybe if you who's reading this and on engaged, or had engaged before, know what I mean. I just prayed that me and him, also you and your partner, will last forever till jannah. Aamiin insyaAllah.

Just remember to be strong together.
If you're sulking on small matter now, please keep in mind that your good moments with your partner are so beautiful to be ruined by our silly and childish acts.
Tho yeah I know sometimes the heart wants what I want, right? ;)

For these years we've been together, THANK YOU.
And be it 2 years or 6 years passed, I wish we'll last forever.
And I won't forget how your mum held my hand with this ring on, while saying,

"Telah tertulis dua nama dan dua hati,
Yang akan disatukan."
-Mak-

Al-Fatihah. 

Wednesday, August 3, 2016

KAU, AKU, KITA.

Bismillahirrahmanirrahim.

Hey peeps! Miss me? Haha.
Sorry I didn't write for a long time. Tho list-to-write dah berjela.
Sekarang ni aku cuma amalkan polisi "I write when I write". Haha dan2 je kan ada polisi. Well, who cares? ;)

Kenapa aku tiba-tiba aja come out with this title? Hummm. Biasalah luka-luka kehidupan ni. Bak kata kenalan di Twitter,

"Hidup ini tak pernah sunyi dari ujian. Bila ujian akan terhenti? Bila mati la ujian terhenti."

Haha. Sentap tak sentap. Tapi betullah. Selagi kita masih diberi nikmat kehidupan, selagi itu jugalah kita takkan sunyi dari dugaan kan?

Gambar Mr.Google. 


Alkisah Kau, Aku dan Kita ini bukanlah adaptasi dari novel atau drama. Tapi dari kisah kehidupan yang aku sendiri saksikan. Kebiasaannya bila aku scroll down FB, ada saja gambar kenalan FB yang baru melangsungkan perkahwinan. Atau mungkin kenalan kepada kenalan. Dan pernah terselit satu kata pesanan daripada ayah si pengantin,

"Dalam perkahwinan ini, tiada istilah Aku, tiada istilah Kau. Yang ada cuma Kita."

Pada mulanya aku tidak mengerti sepenuhnya. Kenapa dengan Aku? Kenapa dengan Kau? Rupanya yang dimaksudkan adalah kebersamaan dalam menjalani hidup berumahtangga. Iyalah. Bila dah kahwin, tiada lagi istilah bilik aku, makanan aku, duit aku, dan juga hidup aku. Tiada juga istilah masalah engkau, hal engkau dan hidup engkau. Yang ada cuma tanggungjawab kita dan hidup kita. Bunyinya simple aja kan?

ANDAI SAJA SEMUDAH ITU.

Seram tak? Haha. 
Humm..Pada mulanya, mungkin setiap dari suami dan isteri itu akan berusaha sedaya upaya untuk jadi yang terbaik buat pasangan masing-masing. Terutamanya kepada seorang yang tak pernah berkongsi. Contoh terdekat, aku lah. Haha. Jadi anak tunggal perempuan dan anak sulung kepada adik-beradik yang lain, aku tidak berkongsi bilik, pakaian dan barang-barang peribadi. And so, maybe I will took some time to get used of my married life in the future. Kalo kawen la. Haha.

Tapi, kalo di pertengahan jalan itu masih tidak mampu bina kesefahaman, rasa kebersamaan, mungkin akan terjun ke jurang bahaya. Seperti kisah realiti yang aku saksikan. Walaupun sudah berkahwin berpuluh tahun, walaupun anak-anak sudah besar panjang, kalo seni rumahtangga itu masih tidak dikuasai, kalo ikutkan nafsu dan perasaan semata, kalo tidak berfikir panjang dalam melakukan tindakan, maka situasi pertama tadi mungkin akan berubah.

Tiada lagi Kita. Yang ada hanya Aku dan Kamu.

Risau. Seandainya akulah yang akan melakukan khilaf itu.
Risau. Seandainya pasangan akulah yang lupa itu.
Risau. Seandainya Kamilah yang melakukan silap itu.

Serius. Aku takut bila menyaksikan pelbagai kisah kehidupan yang berlaku di depan mata. Terkadang, andai aku tak tahan lagi melihat dan mendengar semua yang berlaku itu, aku lari juga. Dan semestinya, gugur juga titis jernih.

Entah. Mungkin aku lemah.
Tapi, aku harap, Engkau akan menguatkan Aku. Dan Aku akan melengkapkan hidup Engkau.
Semoga jalan Kita baik-baik saja.
InsyaAllah.

Wallahua'lam.

Saturday, January 30, 2016

102 Days

Bismillahirrahmanirrahim.

Pehhh tetiba kekok nak menulis. Last entry bulan 8 kowt hahaha. And I know the title is somekind of poyo (proud of your own).
Yet just bear that okay? hihihi

Sebenarnya tetiba aja teringat kat blog. Seyesly tetiba. Alang-alang mood dah datang, layankan aje la kan.

hmmm...

Yes, I'm an MPP a.k.a SRC now. In fact, it's 102 days already. Yeah, memang aku kira day by day. Siap buat diari harian kowt. Atas saranan le roomate, SB. Okay juga sebenarnya, as almost everyday kowt ada aja kes yang berlaku. Cuti ke tak cuti ke, exam ke studyweek ke tak kira masa. Ada je benda yang jadi. As for my part la sebagai Exco Akademik & Pembangunan Intelektual ni haa. Geng biro lain, lain pula ceritanya.

Kali ni nak belanja gambar jea. Hmm abehlaa kalo geng MPP tau aku punya blog ni. hahaha


Poster PRK. Cantek kan?? I know. hahahahh
Yang ni geng MPP FST. Yang lawaknya, semua menang. Major faculty in MPP lerr jadinya.
Preparation untuk malam manifesto. Jammed oii kepala otak hari2 macam ni.

Malam manifesto. Kerja gila oii bercakap depan orang ramai tengah bersorak2. Dah laa bantai cakap Jepun..haha
MANIFESTO AKU APA??

"MEMANTAPKAN MANIFESTASI INTEGRASI ILMU NAQLI & AQLI"

1. Akademik : Terus membina intelektual warga USIM agar dapat diimplimentasikan dalam kehidupan seharian.
2. Kesukarelawanan : Memantapkan penggabungan nilai-nilai Islam dan nilai-nilai murni dalam setiap aktiviti yang dijalankan.
3. Projek pembangunan mahasiswa : Melahirkan mahasiswa/i yang lebih aktif dan produktif.

Bila dah jadi MPP dan pegang portfolio masing2, kami gabungkan semua manifesto dan terlahirlah visi dan misi MPP USIM 2015/2016.

Done manifesto night with FST team.


Rapat umum. Sis feeling terlebih. hahaha. Masa ni lari kejap dari seminar iChemS'15..toing3
Geng calon umum dari FST. bersama my bestie.
Rapat umum seyesly mampu hilangkan suara. uhuk3 need strepsils!
Masuk TV. Yang ni precious. haha


Team poster Farah Alwani. Calon UMUM No.5. kih3

First time being a moderator. New experience. Again.
Hari mengundi. With le batchmates. Calon MPP pun rakyat USIM juga..haha
Wednesday 21st October 2015 marks the first day as MPP.

Dan harini, 30 Januari 2016 marks 102 days.
 Bermacam benda yang dah buat, dah lalui, dah kena pada diri. Kes, isu, hentaman, sakit mental, air mata, semangat, pujian, makan grand, blazer, namecard, specialities.
Nak sebut setiap satu tu memang xhabes la kut. Cuma yang pasti penuh kepahitan dan kemanisan. Penuh air mata dan ketawa.
Tapi, itu yang special. ^^

Yang paling susah bila aku kena tukar style penulisan aku..haha
Daripada style funky toing3 akuu tuu kena tukar jadi formal baq hang!!
New thing gilaa bila kena tulis pakai satu titik je..xboleh titik banyak2 macam yang aku tengah tulis ni..haha..pastu tak boleh ayat funky2..kena buang terus aku punya toing3 hahaha..
Yes, those matters..alahaiii

Hari watikah perlantikan MPP.
Nuna & Nazrul. Teammates Biro Akademik & Pembangunan Intelektual.


Cuma yang aku boleh komen, kalo korang taktahu apa yang kami lalui, at least tolongla jangan bash. Seyes yang tu sangat sakit. Kami nak tolong kita semua sebagai pelajar, support la sikit..sobsss
Lagi sakit bila yang bash tuu orang yang pernah ada kat position ni juga.
Aneh.

Tapi, semua cadangan penambahbaikan sangat dialukan. Sebab mungkin ada yang kami tak tersedar kan..
Perlu untuk check and balance.
Douzo~

With SekreMPP time KemPRO haritu. kerja tak jalan oii takde depa nii..


Aku paling pegang kata-kata YDP ( tho selalu je gaduh sebab aku keras kepala sikit nak terima arahan..hahahhh)

"Jangan fikir nak beat mantan. Jangan fikir nak beat sape2. It's you who you should beat. Beat the old you."

"Bersyukurlah andai kamu berasa penat. Itu bermakna kamu buat kerja. Itu bermakna kamu jalankan amanah. Kamu patut risau kalau kamu rasa relax. Something is needed to be checked on."

"Kalau seorang dua pun susah nak handle, cemana nak lead USIM towards better future? Be a good senior. Guide them. Show them the vision. Then they shall see the passion."

Huhuhu..YDP never fails to impressed me with his words. Inspiring much. Bisa tangkap leleh ooo kalo sesi heart to heart ngn dia. Dan aku tak percaya aku tengah puji YDP. Kah3
Benda betul kan? Lek aaa.

Soaring Upwards!

Hmm..still a long journey to go through.
Baru 102 hari berlalu. Banyak lagi hari yang nak kena lalu.
Mohon doa daripada semua untuk aku dan geng MPP yang lain terus dapatkan kekuatan dan dapat jalankan amanah dengan sebaik mungkin.
We need you guys.

"BERSAMA MEMIMPIN PERUBAHAN"


Wallahua'lam.

Thursday, August 27, 2015

Travel Diary~ 2 Days in Thailand

Bismillahirrahmanirrahim..

Hey peeps!
Ohayou gozaimasu!
Arunsawad!

hmmm..just got back from Negara Gajah Putih..apa tu?
Thailand opkosss~



oh yeah ekceli xjauh mana pun..over river Golok je..hahahh
tapi kali ni special sebab I've stayed there for 2 days..
lagi luas laaa pemandangan dia, pemerhatian bout kehidupan org2 di sana..

Ekceli dah lama nak bertandang ke sana dgn family..tapi asyik tangguh2..ambo pun bukannya selalu cuti pn kan..last2, plan ngn ciksu n poksu utk pegi je sana sorang..senang..haha

so, 170815 tengahari, ciksu datang amik den sesambil pickup hokkaido cake utk servis delivery dy..
and then, benda first yg nak kena settle, hal2 imigresen opkosss..
aku perhati je org2 kat situ buat keje..hihi
scan muka, cop2, etc..


pastu, masuk Thailand, pegi tolong dy hantar those hokkaidos kejap, then head for SOMTAMMM ohyeah ohyeahhh~


Somtam ori Thai mari ni seyesly pedas gilos nak pengsannnn!!
sambil makan, sambil lap air mata, sambil lap hidung..hahahhh
tapi addicting oihh!
suap punya suap,,dahh abess..haha


haa yang ni pulakkk,,species kulbelog tu haaa..tak pun,,cataim tu..hiksss
cumaaaa..yang ni bekas dia gedabak besauuu..mau kembung perut nak habiskan..
tapi sebab pekena dgn somtam tuuu,,haa berbaloi laaa..
dah laa harga dy 300 baht je..kalo kat sini, kulbelog 1 cup kecik cenonet tuu je dah RM3..
ish3

then, balik rumah ciksu dekat Lubuk Sama..
first time jgk sampai rumah dia nii..rumah kampung style laa..
tp best sebab keliling rumah banyak pokok buah..nak menitik ayaq liuq oiyy tengok buah2 tuu..pehhhh

duk kejap tu,,borak2, then solat asar,, aku ajak ciksu gi cari handbag n pijamas..
first, pi tuka duit dr RM kepada Baht dlu..
tuka RM60, dapat 501 Baht jea..rugi RM9..sobsss

tapi part ni best!!
omaigoddd boleh gila seyes tengok pijamas comey2 kiut2 tuuuu!!
aku sendiri pun,,sekali nak yg ni..pastu nak yang tuu..pastu ehhh yg ni pun cantikkk!!
haha pompuan bila dah shopping..
 last skali aku hangkut bawak balik pijamas 200baht a.k.a RM20..

pastu pi shopping handbag untuk Ikanur EIFJAN..tapiiiii!!!!!! sis pun tergoda sama nak beli handbag..haha..ya ampunnn! naseb baik iman kuat lagi..hahahh

pastu pi ronda2 bandar Golok ngn ciksu n sepupu ceq,Danial..
naik moto aje, helmet tak yah ada pun xpe kat sini..dyorg xpentingkan sangat tep helmet..sbb dyorg nak tengok muka,kut2 pengganas ke apa kan..

cakap pasal pengganas, korang boleh nampak askar ada di mana2 sajaaa.. bawak senapang besar..pakai baju tebal2..ishh kesian pun ada..mesti panas kan..huhu
tapi, dah kerja kan..tho ada orang pernah cakap..

" Jangan cakap tu KERJA..nanti awk rasa terikat dengan manusia..
Sebaliknya, cakap tu AMANAH..so awk akan rasa terikat dengan Allah, buat kerja kerana Allah..insyaAllah.."

pastu pada malamnya,ciksu ada share cerita pasal kawannya yg terpaksa kawen selepas termengandung di luar nikah..
pada awalnya agak terkedu sebab tak pernah counter hakikat camni ngn orang sekeliling kan..bese dlm novel, dlm drama camtu jela..
huhu..
pastu yang lagi sedih,,bila si suami yang dulunya berterabur janji2 manis diberi, tetibe lepas kawen, sanggup jadi kaki pukul isteri..
Allah..sanggupnya kan?
membuatkan aku jadi takut nak kawen..

well, opkos laaa Allah kata lelaki yang baik untuk perempuan yang baik dan sebaliknya..
tapi,,hmm ada jugak tertinggal sedikit sisa2 insecurities tuu kan..
rasa takut tu ada la jugak..tak sanggup nak bayang kalo benda ni jadi kat diri sendiri..huuuu naudzubillahi min zaalik..

okay done lah hari pertama..
move to second day yeahhh!!

second day, start dengan bila berkumandangnya azan subuh..
first time dengar azan subuh yang disahut oleh anjing..
yes, anjing..
membuatkan aku terfikir, bahawa haiwan pun punya fitrah sebagai hamba Allah..
kita?
seringkali lupa..
Allahuakbar..astaghfirullah..

lepas tu, aku menyaksikan ciksu menguruskan anaknya untuk dihantar ke tadika..
terus, apa yang special? bukannya tak pernah lihat mak kita uruskan kita ataupun adik2 sebelum ke sekolah kan?

haaa..
yang specialnya, bila ciksu ku yang berusia sama denganku, menguruskan anak!!
dari kejutkan Danial dari tidur, mandikan dia, pakaikan dia baju..
ya Allah..seorang ibu pada usia 21 tahun..
aku? bersediakah aku?
sudah sanggupkah aku menempuh kehidupan itu?

Airilshah Danial ;)


cehhh kalo kawen nak pulak kan?urus anak?
haaaaaaaaa~~~~
kalo masih ragu2 dengan diri berkenaan hal yang itu, baik fikir semula..siapkan diri semula..
INGAT! suka baby tak bermakna pandai menguruskan baby..tahu menguruskan baby tak bermakna mampu menjaga anak..
jeng jeng jeng..
bukan semudah itu uols..bukan semudah itu..
saja nak menakutkan kan..haha
pastu kan, bergaul dengan geng ibu2 muda ni, kebanyakan masa mereka bercakap berkenaan anak masing2..berkenaan susu, berkenaan pencapaian anak..anak yg ini dah boleh baca ABC..anak yang ini dah boleh baca Alif Ba Ta..
omaigooodddd rasa macam aku jauh lebih muda kalo nak dibandingkan dengan mereka walaupun kami sama umur..
rasa macam, dunia apa yang aku masuk ni?
aaaa ai kenot brainnnnn hahaha

tu tak termasuk lagi bab mengurus rumah tangga sendiri..
seyesly said, walaupun kau pandai masak, walaupun kau pandai kemas rumah, dia tak akan pernah sama bila kau perlu uruskan rumah sendiri.
kerana kau masih punya queen of the castle iaitu your MOM..ada certain perkara yang kau masih bergantung pada ibu..
tapi, kalo kau uruskan rumah sendiri, kau bertanggungjawab SEPENUHNYA..yes of course under your husband jugak laa..sebab dia yang paling atas kan..

ishhh panjang pulak bab rumahtangga kan..haha

pastu,pergi ronda2 naik moto lagi..
seram jugak sebab jalan2 kat sini memang dipenuhi motor..pastu agak risky sket..
kalo xberani, xboleh nak survive sangat kot..huhu
ternyata, kehidupan warga tempatan ni majoritinya bergantung kepada motor walaupun mereka punya kereta..

mungkin senang bergerak kot..
sampaikan motor tu kalo boleh sampai ke dalam kedai pun nak masuk..haha
urusan jual beli tuu hanya diadakan sambil duduk atas moto jea..

haaa nak cakap apa??hahahah
untuk hari ni,kita mula dengan makan Kau Man Kai..
haha mende apa lah tu kan??


nasi ayam je sebenarnya..hahahhh
pastu, makan durian selat plakkk


jeng jeng jeng sedap baq hangggg..rasa dia masam2 manis giteww..
aroii ching ching!!
ahaksss

pastu, sambil makan tu, sambil layan tv thai yg aku xpaham sepatah haram,,haha,, sambil tu jugak laa bersharing moment dengan ciksu..
tanya2 skett apa perasaan kawen muda ni kan..
dan jawapan yang diberikan tuu mengejutkan jugak laaa..

ciksu cakap, tak best sangat punn kawen muda..
setakat menghalalkan hubungan, pastu ada teman hidup, pastu ada orang jaga..
elehhh awal2 jea best katanya..lama2 dah jadi biasa dah..hidup diteruskan..rutin diteruskan, dengan bebanan tanggungjawab yang makin bertambah..

nasihat ciksu lagi, habiskan belajar dulu..enjoy dulu hidup single ni..kita baru 21tahun..panjang lagi jalannya, insyaAllah..
yang penting, berbakti kepada parents puas2 dulu..
elehhh boleh je kan berbakti pada parents walaupun dah kawen?

iyaaa tak dinafikan..tapi dah tak sama..
TAK SAMA..
;)

Pastu, kami bersiap untuk lunchhhh!!
tapi sebelum tuu aku ajak ciksu photobomb di rel kereta api yang dah di transform jadi kawasan rekreasi..sebab ciksu cakap dulu tu rel keretapi yg datang dari Malaysia..sekarang kan dah takde..so, dimanfaatkan laa rel ni..

nah belanja gambar skettt!!
pastu,, perut pun lapar, heading to Chim chum restaurant!!
kita berbakar2 lah tengahari ni..

for RM15, we got thissss..
dekat 2 jam jugak laa bertapa dekat restoran ni..hahahh


tadaaaaaaa mau pecah jugak aaa my tummy..haha

kekonon pandai buat somtam je tuuu..hahahh

 lepas melantak tuuu,, time to head back to Malaysia..cehh bajet jauh gilos je kan melancong..kah3

tak kisah lahh..yang penting apa yang kita dapat kan..
betullah orang kata jauh perjalanan luas pemandangan..
kena banyak2 masuk dalam kehidupan orang lain, selami kehidupan orang..
so that kita boleh ambil pengajaran, dan keluar dari zon selesa..
bukan sekadar selesa di rumah sendiri semata-mata..

Buka mata..buka minda..buka hati..

Wallahua'lam..



Saturday, August 8, 2015

IKHLAS + REDHA = KETENANGAN




Fara menutup laptop sambil mengesat sisa2 air matanya. Dia baru sahaja selesai menonton filem Cinta Paling Agung yang di 'share' oleh sahabat karibnya.

Sesuatu terdetik di hati..

"Ya Allah..tak sanggup rasanya berada di tempat Miza tu..cemanalah rasanya dicurangi..sesedap rasa je suami dia minta kawen lagi satu..masa mula2 kawen punya laa berterabur janji manis..huh!!"

"Seram pulak nak kawen lepas tengok Cinta Paling Agung ni.."
*Tweet sent*

...
Pada malamnya, Fara meminta pendapat Inche Tunangnya tentang hal ini.. yang mana tidak pernah gagal memberi pendapat yang matang dan membuka minda..
well, mungkin saja nanti dia dapat melihat dari sudut yang baru?

^^

"Nak tahu takkk..tadi kannn..sy tengok cerita Cinta Paling Agung...pastu kaannn.."

"Pastu??"

"Pastu kann..tetiba rasa seram nak kawen..hehe"

"Errrkk!! pulak dahhh..hahaha"

"Entah..mungkin sebab banyak kali gak kes ni berlaku depan mata..well, ada kwn generalizekan laki bese akan berubah around 35-45..seram lah..huhu"

"Hmm..susah jugak nak komen..pastu cm mane nak bg hilang rse seram awok tuu?

"Hmm..entah..abam dokter prescribe laa ubat..haha"

"Hmm..ubatnya kawen je lah..haha"

" Iyaa keeee..mujarab ke ubat tuu??"

"Bergantung pada keikhlasan untuk kawen..kalo super ikhlas, insyaAllah super mujarab..hehehe"

"Eleehhh..sebelum kawen aci aaa gitu..plus, susah pulak nak dapatkan ubat tu..toing3"

"Takpe..biar rasa susah dulu..orang tak merasa susah xkan tahu harga kesenangan..percaya lah.."

"Okay noted..haha"

Hmm..mungkin betul jugak apa yg dia kata..
KEIKHLASAN..


...

2 hari kemudian, Fara terima whatsapp dari sepupunya, yang juga mengalami nasib yg sama. Cuma mungkin ceritanya lebih parah. Kerana dia hanya tahu dia dicurangi setelah suaminya selamat menikah lagi satu..

"Fara..akak rasa kan.."

"Ye kak..apa dia?"

"I think I should let those things go.. Akak taknak lagi hidup dalam keresahan..I don't mind to take the step to apologize..it's okay..I've decided to forget those things..I choose to redha.."

"Subhanallah..are u sure? Alhamdulillah..after 2 years, sis.."

"Hmm..2 years is enough I guess? Akak nakkan ketenangan..lebih2 lagi akak ingat nak pegi buat umrah hujung tahun ni nanti..kalau dengan kemaafan ini mampu buat akak tenang,insyaAllah akak redha"

"Allahu..semoga kebahagiaan ini berkekalan, sis..doa Fara sentiasa mengiringi..insyaAllah.. ;) "

Subhanallah..begini rasanya apabila doa yang sekian lama dipohon dimakbulkan..alhamdulillah..

Betullah kata tunangnya..KEIKHLASAN..ikhlas itu mampu meredakan keresahan jiwa..yes..memang payah untuk redha, untuk ikhlas..tapi tidak bermakna kita harus biarkan diri kita dirasuk kemarahan sampai bila-bila..kan?

Hmm..mungkin rasa takut akan perkara itu terjadi pada dirinya itu masih ada..tapi dia lebih percaya akan perancangan Yang Maha Esa..

Dan mengalirnya airmata kesyukuran bersama pujian kepada Yang Maha Mengasihi..
;')




Wallahua'lam..

P/s : My first short story..too short,I say??haha..do comment for improvements..thanks alls! ;)

Of Pernicious Anemia...

Bismillahirrahmanirrahim. Hye alls! I'm back! Actually tengah penat sebab duk bertapa dekat lab and office kat research hub tu. La...