Red Lollipop ~~My CoLourFuL HaPpiNeSs~~ : December 2014

Wednesday, December 31, 2014

My 2014

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah..
it's the end of 2014..
dan nak amik kesempatan untuk menulis sket pagi ni..
mentang2 paper final utk tahun ni dah abes..
sambung tahun depan plak examnya..haha
tahun depan lah sangat kann :P

hmmm..
lots to be reviewed bout this year..
well of course tak semua laa..
as I saw lots of people posting bout the tragedies to da country for the whole 2014..
jenuh den nak nulisnyoo ehh..
mungkin yg berkenaan diri sajoo..
hehe selfish sikettt..
toing3

hmmm..
what should I start with??
well,it feels a little bit weird as for degree students,the real new year actually starts at september..haha
so it's not really a big deal bout what had happened earlier :P

hmmm..
starting with perlantikan sbg exco akademik sekrefast in May,
buatkan aku punyaa satu family baru..
seramai 24 orang,plus 3 bigboss plus le seniors..
ohgoshh aku tak pernah rapat dengan ramai orang sepertimana aku mudah masuk geng dengan dyorg..hatta ngn batch course sendiri pun xmacam depa..
although kami semua berlainan course..
mungkin permulaannya kekok..
tapi time by time,day by day,we are just like siblings..
and I love them sooooo much till the stars..hihi

dan aku tak nafikan,
seyesly busy MasyaAllah..
dah xde masa sangat nak berjimba macam 1st yr tho time 1st yr pn aku berpersatuan jugak..
dulu xdenya nak meeting pasal program sampai 1,2 pagi..
xdenya nak balik lambat,tido lambat..
xdenya nak buat itu ini sampai kekadang study entah ke mana..
naseb boleh siapkan assignment jea..
oppss!
tapi aku tau,ini jalan yg terbaik untuk aku belajar jadi orang..
ngeh3

dan paling aku tak lupa masa majlis apresiasi fakulti sains dan teknologi or in short AppreFaST a.k.a majlis anugerah awal bulan 12 harituu,ya Allah,rasa sakit gila3..
kenapa??
sebab kami kena buat majlis anugerah utk student dekan n so on,
yet,aku bukanlah salah seorang daripada mereka..
boleh paham tak perasaan dia cemana..
sempatlaa terkeluar ayaq mata sket kat belakang dewan tuu..
wuwuwuuuu..
oohh seksa..seyes..sakit..
tapi amik pengajaran laa dari situ..
will do much better insyaAllah..
:)

hmmm..
satu event yang aku memang taknak lupakan sampai bila2,
is when I got two teddy bears for my birthday this year..
dah berzaman kowt teddy bear tuu masuk wishlist..
alih2 bila umur dah 20 tahun baru dapat..
2 teddy bears pulak tuu..
uuu happy me is happy!!
hehe
thanxx yawww ;)

dan paling special,
ada kunjungan special dari special person..
which made me blooms entah berapa lama ntah..haha
waiting for da next visit..
bila??
wallahua'lam

and the biggest biggest biggest thing,,
the big flood..
which almost vanish the bumi kelantan out of sight..
Allah..
xsanggup untuk dikenang kembali..
dugaan besar buat aku dan family dan juga rakyat kelantan yang lain..
at first okay lagi sebab xjadi kat diri sendiri..
sekadar simpati pada rakyat kuala krai..
turns out,on 25th december 2014,
kawasan kampung aku di pasir mas nuu yang dah 30 tahun lebih xnaik banjir,tiba2 cecah paras bahaya, 11.6 meter if I'm not mistaken..
air mula melimpah deras..
aku cuba positif,insyaAllah rumah aku tak banjir..
tiba2,tengahari tuu,my mummy cakap 1 family dah pindah pegi umah nenek kat Repek,
kawasan pasir mas yang ke bahagian kampung sket..
paling teruk,
bila malamnya dah lost contact..

26 december,
hidup aku dah macam zombie..
dah berapa kali call,mesej semua orang di kampung,wasep lg..
tapi xde respon..
ohh pathetic gila tengok message list,aku mesej sorang2..
lepas satu satu,xde balasan..
blh contact adik bwh aku yg kat plkn tuu,ngn maksedara yg kt kl jea..
dah laa adik aku pun baru lepas banjir kat kem dy tuu..
oh dahsyatt..
dengan nak examnya lagi..
ingat aku boleh all out??
and those berita n piccas in facebook,
menggambarkan  teruknya banjir tahun ni..
lagi teruk bila org yg aku nakk sangat bagi semangat kat aku,missing in action..
which made me too emotional..
n took my own self decision..
tanpa tahu yang orang ituu pun tengah struggle banjir kat tempat dia kat pahang sana..
and I was like,ignorantnyaa aku sampai xamik tahu langsung..
hanya fikir pasal diri sendiri je..
ohgoshh tetibe rasa xmatured gila nk handle emergency situation..
adoyaiiii..kena improve thinking style niii..
huhu

27 december,
things get worsen..
to be specific,
I was.
2 days lost contact,tanpa tahu apa2,buat aku makin risau..
cuma kawan aku yg ada di kelantan sempat mesej cakap dia nampak abah tengah tolong orang pindah ke sekolah..
at least,aku tahu abah okay..lega sikit..
tiba2,
malam tuu,ada khabar pajero terbalik dibawa arus berdekatan kawasan rumah nenek aku..

"Abah!"

tuu perkataan pertama popped out in my mind..
as abah was helping those people pindah using his pajero..

"pajero dibawa arus,3 orang terlibat"
"anak tuan punya pajero umur 7 tahun meninggal"

okay statement tuu buat aku nak pengsan..

"Abah,mummy,haziq"

sepanjang malam aku nangis sampai kering air mata..
duduk mengadap buku,tapi satu apa pun tak masuk..
tak pernah aku rasa takut sangat3 sampai macam tuu..
xde benda lain dah dalam fikiran..
"Allah..selamatkan family aku..tolong"
kepala dah berdenyut2..
turns out,kejadian tuu jadi depan mata abah aku jea..
glad it was not abah..
tp turut simpati pada mangsa sebenar..huhu

28 december,
aku dapat miscall drp unknown number..
"Allah..jgn2 dy nak bagi berita buruk" 
jantung aku dah berlari berapa km/h dah mse aku call balik tuu..
tiba2 dengar suara makcik aku..
sampai ke rantau panjang dia cari line..
masa diberitahu family semua selamat,
aku rasa nak menangis sangat3!!
syukur Alhamdulillah,ya Allah..
petangnya,
mummy wassep,ckp semua selamat,
siap share gambar,ooh dahsyat laju baq hang air..
kampung aku dah macam lautan dah..
paling tak tahan selamba badak je adik aku main air..
aiyooo..
malam tuu,dh boleh call,cakap ngn smua orang..
sedih..seyes sedih..
and then,lost connection balik..
xpe lah..air pun dah makin surut..
tuu pun dah cukup syukur..

dan 29 december,
first time masuk dewan exam tanpa sempat minta restu..
xdapat call lagi..
line masih teruk..
so aku mesej je..which xtau bila sampai mesejnya kat mummy..
sedihh..huhu

pengajaran dia,
aku tau aku sangat sayang gila3 kat family..
sebelum ni tak pernah teruji,
so macam biasa2 je..
sekali kena,
baru tahu rasa sayang dia cemana..
sayang..seyes sayang..
<3

last but not least,
accident di hari pertama final exam..
lepas exam redah hujan renyai2 pi isi minyak skuter roomate..
otw balik,tetibe ada laaa amoy ni bawak kete menonong je masuk lorong xtengok kiri kanan..
brek mengejut,then tergelincir..jalan licin sbb hujan kan..
alkisahnya tergoleklaa kami berdua atas jalan tu haa..
Allah..
dapat hadiah kat siku,lutut,tapak tangan..
pegi klinik HEP,dapat hadiah lagi..
1 injection yg sakit dia mmm dapnyaaa!!
toing3
at first xrasa pape lagi,
pedih luka tu bese aaa..
pastu by time seksa dia MasyaAllah..
esoknya exam,sakit belakang oih dalam dewan..
jalan pun dah macam penguin..
maka femes la kejap kes accident ni..
hmm rajin sangat update kan..
aherherher

okay ni betul2 last..
dapat hadiah dari JPA yeay alhamdulillah..
at least,berita gembira di hari akhir 2014..
moga tahun akan datang akan lebih baik bagi kita semua..
insyaAllah..


credit to iche gugel


wallahua'lam
;)




Saturday, December 6, 2014

Be A Da'ie..How?

Bismillahirrahmanirrahim..

owh it's 2.51 am now..
yeah..
it is really2 rare for me to not having my beauty sleep at this moment..
why?
because it's sooo panas and esok will be the family day wif all those alchemists-to-be;which is organized by us,the 2nd year of ichemtech..
-ahah I put ALchemist there,well,,usim..ihikss-
and so,le rumate duk sibuk gegodek barang2 yang nak dibawa esok and I cannot brain those bunyi bising plastik laa,zip beg laa,loker laaa..
tak masuk lampu terang benderang lagi,which selama ni mmg aku anti cahaya sket kalo nk tido..
ohgoshhh seteghesss..
mata dah pedih ngantuk yet cannot go to sleep..
it's surely not that I don't wanna go to sleep..
entah..
biarlah roomate ngn those barang2 logistik,aktiviti nyaa..
lemme pour some ink here,can I?
of something yang aku dah lama tangguh utk tulis..haha
well,ekceli dah banyak tangguh entry..
sorry for my bad..

...

ekceli aku tertarik untuk jot down what have been told by our new YDPMPP dalam usrah antara sekrefast,couple weeks ago..
yep..he's da one which brought the motto of 'Rejuvenasi Intelektual dan Spiritual'..
ohh seyesly kalo ada orang google motto tu,mesti keluar entry aku ni..haha
:P

masa tu,Bro Muiz petik tentang ciri2 yang perlu dimiliki oleh setiap pendakwah, dari buku Antara Semalam dan Hari Ini oleh Hasan al-Banna..
well,setiap Muslim itu da'ie kan..
so of course we need to know what is the thing that we should have..

من قال لا إله إلا الله وهو داعي


1. Iman yang mendalam.

Untuk punya iman yang mendalam,kita kena ada sifat yang Rabbani(dekat dgn Tuhan),on how can we know whether Allah redha atau tidak atas kerja dakwah kita..
kita juga perlu punya sifat insani ataupun sifat manusiawi, di mana kita perlu faham bahawa kita sedang bermuamalat dengan orang lain dalam berdakwah..
so nak cakap kat sini, lepas kita jaga hubungan kita dengan Allah,kita kena laa jaga hubungan kita dengan manusia lain juga..
then kita akan step forward untuk meningkatkan iman,insyaAllah


2. Perancangan yang teliti.

well,I think most of us have heard of this saying ;

IF YOU FAIL TO PLAN, YOU PLAN TO FAIL

kan?

betul laa tuu..
dalam apa jua hal sekalipun,kita perlulah ada perancangan yang teliti,tentang apa yang nak dicapai..
tak kira dalam urusan belajar,kerja,keluarga,mahupun kerja dakwah..
kalo kita dah ada plan,kerja akan jadi lebih senang,lebih tersusun..
so, boleh laa kita fokus untuk beri manfaat kepada orang lain..
well, apa erti nilai hidup jika kita tak boleh nak beri manfaat kepada manusia kan..

"خير الناس ينفع للناس"

which means,sebaik-baik manusia adalah yang memberi manfaat kepada orang lain..
;)


3. Amalan yang berterusan.

okay..ada 2 elemen yang perlu dimiliki oleh seorang da'ie..
which are; Intellectual and Activism..
and both of them perlu diseimbangkan..
kerana akal ada batasannya dan pengawalnya adalah jiwa..
begitu juga halnya dengan jiwa yang juga akan menguatkan akal..

لا تلبس الحق بالباطل

jangan mencampuradukkan antara hak dan batil..
so,apa2 hal sekalipun,kita kena sandarkan pada Islam..
insyaAllah akan terselamat daripada kebatilan..
apa2 sekalipun,di akhirnya kita tetap akan sama;
SUJUD PADA ALLAH..
;)


4. Bersifat mutlak.

Bro Muiz ada sebut berkenaan pembangunan gagasan berkebajikan di mana setiap hierarkinya mengamalkan sikap 'up to down and down to up' atau dalam bahasa mudahnya,'give and take'..

tak kisahlaa sama ada seseorang itu orang atasan hinggalah bawahan,
semua perlu memainkan peranan untuk bersikap seperti yg disebut,supaya tiada yang sakit hati,supaya masalah boleh diselesaikan dengan baik..

humm..tetibe teringat kisah staff yang tersangatlah kurang ajar bila ditanya,walau dah guna ayat se'polite' mungkin dah..
ohgoshh seyesly aku rasa nak rakam jea,then post youtube..oppss!
:P

so,it should be good if we can make a full use of the intellectual of the students..
instead of being all those useless keyboard warrior,why not kita sesama fikirkan alternatif lain untuk selesaikan masalah..instead of being a 'tin kosong', kita boleh ajar diri untuk menjadi lebih relevan;depends on the issue..

...

seterusnya,Bro Muiz ada mention berkenaan 'Integrasi antara ilmu aqli dan naqli' yang sekarang ni dibawa oleh usim; di mana setiap mahasiswa digalakkan untuk punya asas yang kuat dari setiap sudut,bukan sekadar bidang2 tertentu sahaja..
'all-rounded students' omputeh kata..

then,how can we integrate between those two?

1. kaitkan antara al-Quran dan sains.
2. kaitkan antara sains dan al-Quran.
3. keluarkan apa yang belum diteroka daripada al-Quran;
which becomes the challenge for us..

this 3 things will make up to the success of the integration..
insyaAllah..

sebenarnya, rukun utama bai'ah ni bukan sahaja ilmu,tetapi juga kena ada fahmu;yakni kefahaman..
kerana,semua orang boleh dapat ilmu,tetapi tidak semua orang boleh faham ilmu tersebut..

jadi,untuk kita dapatkan kefahaman dalam setiap ilmu,
kita kenalaaa banyakkan pembacaan yang bertentangan dengan bidang masing2..

humm..baru aku faham kenapa aku yang majoring chemistry pun ada belajar jugak subjek dakwah,akidah,komputer,bisnes and so on..
niceee~~
;)

kesimpulannya,

apabila kita dah wakafkan diri kita ke atas landasan perjuangan Islam,kita mesti cuba sehabis mungkin untuk meletakkan agama di hadapan..
kerana,sudah ramai yang tewas hanya kerana ingin menjaga nama..

bila Allah datangkan ujian ke atas kita,untuk sedarkan kita balik,bahawa sesungguhnya dari Allah kita datang,kepada Allah kita kembali.
ujian itu sebenarnya untuk beri petunjuk kepada kita,supaya kita kembali kepada Allah..

suka untuk aku tulis di sini,kata2 dari sahabatku tatkala aku hilang,rasa kosong..

"APABILA HATI TIADA PADA DUNIA,BERMAKNA HATI ADA PADA DIA..
KEMBALILAH"

InsyaAllah akan aku pegang kata2 tu..

semoga bermanfaat..

wallahua'lam


Copyright© All Rights Reserved mycolourfulhappiness.blogspot.com