Bismillahirrahmanirrahim.
Haiiii!! Harini terasa nak buat 1 collection resepi yang aku try sepanjang ada kat Ireland ni. Sebab aku jenis yang suka experiment dengan resepi, tak cukup sekadar experiment dalam lab. Maybe I will hashtag #DapurIrelandAmoy Haha. So kita mula dengan 1 resepi ringkas dan sedap yg baru cuba semalam, but a bit high calorie menu, which is soooo suitable for me yang kurus cekeding tak cukup berat ni. Haha. Sekali sekala boleh la amik menu yang tak berapa sihat ni. Sekadar penuhi rasa mengidam. LOL. Plus, memang nak kena manfaatkan la oven gedabak kat rumah ni. Biar berbaloi sket bayar sewa mahal kan..haha
Resepi ni dapat dari member masa universiti dulu. Tapi ada olah sikit masuk bawang holland. Biar ada rasa manis2 bawang tu. So takde la muak sangat kan. Ate, moh le kite nengok resepinyaa.
Ingredients:
Setengah kg ubi kentang yg dihiris nipis
Setengah biji bawang holland-potong dadu
1 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar butter
Secawan setengah susu segar
Cheese- letak la segala jenis cheese bagi melimpah creamy tu. I used cheddar, mozarella and grana padano lebih buat pasta rituu. Basically cheddar, parmesan and mozarella sesuai letak dalam ni. Mozarella paling penting sebab nak effect tarik macam pizza tu. Haha
Serbuk paprika/ serbuk cili
Salt and pepper secukup rasa
Cara-cara:
Cairkan butter dalam periuk, tumis bawang holland hingga wangi. Masukkan tepung, kacau sekejap dan masukkan susu segar. Kacau sampai pekat. Bila dah pekat, boleh off stove.
Then masukkan lah segala species cheese tu and kacau, then boleh masukkan kentang hiris, paprika, salt and pepper ikut rasa. Basically jangan letak banyak garam sangat sebab cheese dah masin. Kalo tak, makin tak sihat la makanan kurang sihat ni. Hahaha
Boleh dah start panaskan oven dulu. Then masukkan dalam tray, tabur mozarella cheese kat atas dia. Bila oven dah panas, masukkan dalam oven dan bakar pada suhu 170-200 degree C selama lebih kurang setengah jam. Kentang akan cepat empuk sebab kita dah hiris nipis.
Andddd TADAAAAAAAA!!!
Bagi aku rasa masin sikit tapi housemate Omanian aku ni suka plak haa. Bertambah2 dia makan hahaha. Takpe lah. At least ada orang suka so bahagiaaa hahaha
Ni gambar bila dah potong.
Selamat mencubaaaaaa :)
No comments:
Post a Comment