Bismillahirrahmanirrahim.
Hey peeps! Miss me? Haha.
Sorry I didn't write for a long time. Tho list-to-write dah berjela.
Sekarang ni aku cuma amalkan polisi "I write when I write". Haha dan2 je kan ada polisi. Well, who cares? ;)
Kenapa aku tiba-tiba aja come out with this title? Hummm. Biasalah luka-luka kehidupan ni. Bak kata kenalan di Twitter,
"Hidup ini tak pernah sunyi dari ujian. Bila ujian akan terhenti? Bila mati la ujian terhenti."
Haha. Sentap tak sentap. Tapi betullah. Selagi kita masih diberi nikmat kehidupan, selagi itu jugalah kita takkan sunyi dari dugaan kan?
Gambar Mr.Google. |
Alkisah Kau, Aku dan Kita ini bukanlah adaptasi dari novel atau drama. Tapi dari kisah kehidupan yang aku sendiri saksikan. Kebiasaannya bila aku scroll down FB, ada saja gambar kenalan FB yang baru melangsungkan perkahwinan. Atau mungkin kenalan kepada kenalan. Dan pernah terselit satu kata pesanan daripada ayah si pengantin,
"Dalam perkahwinan ini, tiada istilah Aku, tiada istilah Kau. Yang ada cuma Kita."
Pada mulanya aku tidak mengerti sepenuhnya. Kenapa dengan Aku? Kenapa dengan Kau? Rupanya yang dimaksudkan adalah kebersamaan dalam menjalani hidup berumahtangga. Iyalah. Bila dah kahwin, tiada lagi istilah bilik aku, makanan aku, duit aku, dan juga hidup aku. Tiada juga istilah masalah engkau, hal engkau dan hidup engkau. Yang ada cuma tanggungjawab kita dan hidup kita. Bunyinya simple aja kan?
ANDAI SAJA SEMUDAH ITU.
Seram tak? Haha.
Humm..Pada mulanya, mungkin setiap dari suami dan isteri itu akan berusaha sedaya upaya untuk jadi yang terbaik buat pasangan masing-masing. Terutamanya kepada seorang yang tak pernah berkongsi. Contoh terdekat, aku lah. Haha. Jadi anak tunggal perempuan dan anak sulung kepada adik-beradik yang lain, aku tidak berkongsi bilik, pakaian dan barang-barang peribadi. And so, maybe I will took some time to get used of my married life in the future. Kalo kawen la. Haha.
Tapi, kalo di pertengahan jalan itu masih tidak mampu bina kesefahaman, rasa kebersamaan, mungkin akan terjun ke jurang bahaya. Seperti kisah realiti yang aku saksikan. Walaupun sudah berkahwin berpuluh tahun, walaupun anak-anak sudah besar panjang, kalo seni rumahtangga itu masih tidak dikuasai, kalo ikutkan nafsu dan perasaan semata, kalo tidak berfikir panjang dalam melakukan tindakan, maka situasi pertama tadi mungkin akan berubah.
Tiada lagi Kita. Yang ada hanya Aku dan Kamu.
Risau. Seandainya akulah yang akan melakukan khilaf itu.
Risau. Seandainya pasangan akulah yang lupa itu.
Risau. Seandainya Kamilah yang melakukan silap itu.
Serius. Aku takut bila menyaksikan pelbagai kisah kehidupan yang berlaku di depan mata. Terkadang, andai aku tak tahan lagi melihat dan mendengar semua yang berlaku itu, aku lari juga. Dan semestinya, gugur juga titis jernih.
Entah. Mungkin aku lemah.
Tapi, aku harap, Engkau akan menguatkan Aku. Dan Aku akan melengkapkan hidup Engkau.
Semoga jalan Kita baik-baik saja.
InsyaAllah.
Wallahua'lam.