Sunday, May 7, 2017

My Life in Japan

Bismillahirrahmanirrahim.

Hey alls! 
Moga semuanya berada di bawah perlindungan Allah. ^^

Okay!
Dengan adanya post ini, maka akan terus menyusullah several posts about my travel in Japan. 
Okay before that, untuk yang belum tahu, aku dah 3 bulan berada di Jepun. Tinggal lagi seminggu tempoh latihan industri di Japan Advanced Institute of Science and Technology atau nama Jepun dia, Hokuriku Sentang Daigakuin Daigaku sebagai researcher student dalam School of Materials Science.

Mungkin cerita research akan aku kongsikan dalam post yang lain, Untuk post ini, aku ingin kongsikan pandangan mataku tentang masyarakat Jepun, kehidupan dan budaya mereka.

...

Sebenarnya ini bukanlah kunjungan pertamaku ke Negara Matahari Terbit ini. Tahun lepas aku berkunjung ke Hiroshima untuk Trial Summer Program bersama 4 orang peserta lagi. Dan sebenarnya bermula dari situlah aku pasang niat untuk kembali ke Jepun.

AND HERE I AM!

Hebat kan? Pabila cita-cita menjadi kenyataan. Alhamdulillah 'ala kulli hal.
:)

Dan kali ini, aku mencabar diri untuk kembali ke Jepun, seorang diri. And it seems I survived! Hehe. Kerana pergantungan diriku yang sepenuhnya adalah kepada Allah. Sepertimana biasa, aku merasakan pertolongan Allah di mana saja aku berada. Alhamdulillah.

amoy ^^



1) Seingat aku, ketika di minggu pertama, aku kagum dengan budaya menyapa, terutamanya golongan pakcik makcik, atuk nenek. Awalnya aku senyum saja tanda menyapa, tiba-tiba mereka yang semangat sebut "ohayo gozaimasu/ konnichiwa" siap dengan gaya tunduk kepala lagi. Segan juga. Sepatutnya aku yang tegur dulu. Hahaha. Sekarang dari jauh bila nampak pakcik makcik atuk nenek ni, aku dah bersedia nak sapa mereka dulu. XD
Maka persoalan pertama yang pernah menyinggah, kan bagus kalau ucapan ohayo gozaimasu dan konnichiwa itu boleh aku gantikan dengan Assalamualaikum? Dapat pahala kowt! Haha silly me.
Turns out budaya ini memang mengeratkan kita. Hari-hari jumpa makcik cleaner sama ramai2, disapa dengan muka ceria, memang a good start everyday la jawabnya. No stress allowed!

2) Walau ini bukan kali pertama aku tiba di negara ini, tapi aku sentiasa kagum dengan ketepatan waktunya. Setiap kali. Ya. Setiap kali. Bus, train, airplane, meeting, party, dan apa saja, waktunya sentiasa on time. Kadang aku tergelak sendiri bila driver bas masuk gear bas bergerak on dot minit bertukar. Sesaat pun tak lambat. Haha.
Dan jadual waktu bas, train memang tersangatlah reliable. So, it's so convenient to make a plan when going out. Seriously. (Haa tips for traveller, boleh rujuk laman web Hyperdia untuk semak waktu perjalanan train, so that you can plan your trip. ^^)
Persoalan yang pernah menyapa, kan bagus kalau setiap tempat dan manusia amalkan ketepatan waktu ni. Dah selalu sangat tunggu orang kalo berjanji, kan bagus kalo kita sama-sama on time? Kalo mungkin terlambat, inform in advance tu lain lah ceritanya. Hmmm. Peringatan untuk diri sendiri juga sebab terkadang culas la juga. Aherherher.

3) Di mana-mana saja tenaga manusia digunakan. Hatta pegang signboard parking. Hatta 'passenger counter' yang kira berapa orang naik bas. Kadang ada yang muda, kadang ada yang tua. Selalunya lelaki, terkadang wanita.
Persoalan yang pernah ku tanya, kenapa kerja-kerja macam tu pun mereka pakai tenaga manusia ya? Tak perlu pakai orang pun takpe rasanya. Mereka ada advanced technology kowt! Kesian pakcik2 ni kerja pegang signboard.
Dan persoalan lain ditanya kepadaku, "Pernah tertanya tak kenapa kat sini susah nak jumpa gelandangan dan homeless walau kos sara hidup tinggi? Itu sebabnya, Jepun menggalakkan rakyatnya bekerja. Apa sahaja kerja yang kau mampu buat, buatlah. Dan kau akan survive. Kerja part time apa saja yang kau mampu buat, kau akan survive. Kat Jepun ni kena rajin je. Kerja mana-mana pun ada. Tanam sayur then jual pun boleh dapat duit. " Oh snapped!
Betullah, lagipun kerja macam tu pun macam diraikan bila setiap pekerja ada uniform smart. Nampak tak lekeh la. Kadang aku tak terfikir pun mereka orang susah sebab pakaian kerja mereka looking smart. Sehinggalah aku disoal sebegitu. Hidup ini tiada yang mudah. Mata terbuka.

4) Aku paling kagum dengan atuk nenek yang tersangatlah sihat dan cergas. Paling buat aku ternganga, semalam terjumpa obaasan (nenek) umur 82 tahun gi shopping. 82 tahun kowt! Tapi obaasan tu relax je pergi shopping sorang2 kat supermarket. Siap mekap lawa-lawa lagi. I bet nenek ni mesti gojes baq hang zaman muda2 ni. Hahaha
Persoalannya, apa mereka makan ya sampai sihat cergas sebegitu? Aku ni naik tangga 5 tingkat setiap hari pun semput. LOL. Nak kata mereka tak makan manis, kuih2, kek, aiskrim dia seriously terasa gula overload kowt rasanya! Tapi sihat cergas bebas penyakit je depa. Aku syak mereka pandai balance, bila dah kuih manis, tehnya pula tiada gula. Masakannya pula tidak berminyak. Dan di mana-mana aku lihat mereka ramai-ramai spend masa beriadah. Naik basikal, jogging, bercucuk tanam. Tiada masa bermalasan.
Kinda amazed looking at them. Banyak keluarga keluar spend time sama-sama. Having fun picnic together, naik basikal, masuk sawah satu family pun ada. Ways to have good bond with family members. ;)

5) Antara komen yang famous, Jepun negara yang bersih. Yeah, setidaknya tempat tinggal aku ni bersih. Air longkang pun jernih tak terasa kotor pun bila tengok. Kadang siap rakam video lagi. Jakun tengok air longkang jernih sangat. Kadang siap ada banyak ikan lagi dalam longkang! Hahaha
Persoalan, bagaimana mereka buat ya? Bersih tersangat lah bersih. Tak sakit mata pergi taman, pantai sebab lapang tanpa seketul sampah pun.
Jawapannya, setiap pengguna bertanggungjawab atas sampah2 yang dibuang. Pengurusan sampah boleh tahan tiptop la. Sampah tak boleh dibuang sembarangan. Kena pakai plastik biru untuk 'burnable garbage', kena pakai plastik lain pula untuk botol kaca dengan tin-tin. Nak buang botol pula, kena basuh dulu sampai bersih baru boleh buang. Sebab nanti mudah untuk pekerja mereka kitar semula.
Rahsia longkang bersih, setiap sinki ada penapis. Sekecil-kecil sampah tak boleh lepas. Minyak tak dibenarkan dibuang dalam longkang/sinki. Kena dispose dengan caranya tersendiri. Complicated kan? Tapi hasilnya tiptop.
Maka, bertanggungjawablah wahai pengguna.


6) Mulut manis. Haha. Terkadang aku keliru juga ini point baik atau tidak. Sebab mulut manis depa ni la aku tak kisah buat je arahan untuk buat eksperimen itu, buat je bila disuruh repeat experiment berkali sebab result macam ada something wrong. Tak terasa offended langsung. Pastu kalo yang abam2 Jepun pula, mak aii gentleman tak habis. Kadang boleh cair juga. LOL. Patutlah ramai senior kat sini kahwin dengan warga Jepun. Opps! Haha
Kenapa? Sebab perkataan 'Please'. Setiap kali dengar "Could you please bla bla bla" pastu cakap lembut2, aku tak teragak balas "Yes, sure no biggie!" And that is the power of word. Ehehh

7) Kawaii kodomo. Setiap kali jumpa budak-budak, mesti pipi mereka chubby pastu warna merah. Jalan pula terkedek-kedek. Hahaha. Semua budak sama aja pipi merah. Kadang lagi merah dari letak blusher. LOL
Yang ni memang tak dapat jawapan kenapa pipi mereka merah. Tapi tertanya juga kenapa aku tak boleh nak pegang ngan cubit pipi mereka eh? Lagi-lagi yang pesen lambai balik bila aku lambai. Siap panggil diriku oneechan (kakak) tu yang paling aahhh cairnyaaa hati! Hahahah okebye.

8) Nature lover. Bila tiba musim spring, makin menjadi-jadi pula rasanya terserlah sisi mereka yang satu ini. Rumah-rumah dikelilingi bunga, dekorasi taman-taman yang bila tiba di situ terasa tak mahu balik. Lepas tu, semua benda nak dibuat festival siap bagi cuti umum. Cuti gerhana matahari, Vernal Equinox Day, pastu hanami ramai2, pesta bunga tulip, bamboo shoot festival pun ada. Especially kawasan tempat tinggal aku ni memang kawasan kampung ada sawah padi. Memang dah jadi hobi setiap hujung minggu, mesti naik basikal pergi jelajah kawasan. Sumpah menenangkan jiwa.
Yang ni takde la persoalan sangat. Tapi tertanya lah juga bagaimana mereka semai jiwa cintakan alam tahap dahsyat macam depa ni. Sugoi!

9) Nihon no tabemono a.k.a makanan Jepun. Haha yang ni banyak musykilah la juga. Setiap kali nak beli makanan mesti kena tengok ingredients. Paling mengerikan bila pernah terpegang sepaket potato chips yang ada 'babi' dalam ingredients. Tergamam tak percaya hahahah. Makanya,tersangat penting hafal perkataan kanji 'buta', 'niku', 'alcohol' tu bila nak beli barang. At least!
Alahai kenapa lah nak diletak alcohol dalam most of the Japanese dishes. Memang sayonara lah jawabnya. Dame desu!
Tapi aku suka cuba makanan Jepun kalau dari natural ingredients. Bermacam pesen makanan. Ada yang boleh makan, ada yang tak sanggup tekak nak telan. Pelik sangat rasanya. LOL. Tapi menarik pengalaman ni. Hahaha. Cabaran paling utama bila keluar. So I just cook. *angkat bahu*

10) Nihon go ( Japanese language). Tahu bahasa Jepun tapi tak praktis, tak boleh juga. Mula-mula macam ternganga merangkak juga nak balas bila borak-borak dengan makcik time jelajah kawasan. Kadang aku sengih je kalo tak paham. Tapi lama-lama bila boleh paham perkara yang dibualkan, terasa power la juga hahaha. Especially bila lab members borak-borak sesama mereka, berangan tengah berlakon drama Jepun pun ada. Sebijik sama. LOL. Makanya, itu buatkan aku lagi mahu belajar bahasa Jepun ni. Plus sebab mereka tak reti sangat cakap English duhhh.
Kenapa mereka tak reti English sangat? Sebab semua benda dalam bahasa Jepun. Cerita omputeh, cerita korea pun terus tukar suara jadi Jepun. Mana nak tahu bahasa lainnyaaaaa~

11) Islamophobia. Warga Jepun dekat kawasan aku ni mungkin tak biasa tengok orang bertudung. Muslim dekat institut ni pun berapa kerat je. Itu yang bila keluar, terasa dipandang lah juga. Pernah aja terasa terancam sampai rasa nak menangis bila ada orang mengamuk2 depan aku. Entah apa yg dibebelkan tapi dapat tangkap ianya berkenaan islamophobia bila orang sekeliling duk tunjuk2 tudung aku pakai ni. Siap ada pakcik tu 'berdakwah' dekat aku lagi. Hmmmm seram. Tapi segelintir aja laa yang ekstrem. Biasanya kalo makcik2 tanya, cakap je datang dari Malaysia, belajar kat Hokuriku Sentang Daigakuin Daigaku (ehekk eksyen! :P) and yes I'm a Muslim.


Persoalan terbesar, kenapa mereka bertindak sebegitu sedangkan mereka amalkan benda-benda yang Islam suruh?
ISLAM DI TIMUR, MUSLIM DI BARAT.
Pandangan mataku makin jelas dari kabur.


Apa-apa pun, tinggal lagi seminggu di sini sebelum pulang ke tempat asalku. Nikmati aja indahnya kampung Nomi-shi, Ishikawa ni. Menyesal habis duit banyak? Tak kut insyaAllah. Pengalaman ni lebih berharga. Alhamdulillah 'ala kulli hal.




Of Pernicious Anemia...

Bismillahirrahmanirrahim. Hye alls! I'm back! Actually tengah penat sebab duk bertapa dekat lab and office kat research hub tu. La...